Peminat "histeria" di KLCC gara-gara Lee Kwang Soo....??


KUALA LUMPUR: Ruang legar Suria KLCC, di sini, pagi tadi 'bergegar' dengan jeritan peminat, terutama remaja perempuan, yang membanjiri ruang legar pusat beli-belah terbabit bagi melihat dari dekat bintang pujaan mereka, Lee Kwang Soo, 30. 

Selebriti dari Korea Selatan yang juga bintang Running Man berkenaan berada di lokasi popular di ibu kota itu bagi memeriahkan pelancaran model terbaharu telefon pintar Samsung, Galaxy S7 Edge. 

Penghibur kacak berkenaan, yang tampil dalam persalinan tuksedo hitam, turut terharu dengan kehadiran begitu ramai peminat pada acara terbabit. 

Berkali-kali beliau menundukkan kepala sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang sentiasa bersorak memberikan sokongan kepadanya sepanjang acara berlangsung. 

SELEBRITI dari Korea Selatan yang juga bintang Running Man, Kwang Soo. Sememangnya Kwang Soo antara bintang paling berpengaruh di Asia ketika ini. Dengan ketinggian 191 sentimeter (6 kaki 3 inci) dan wajah tampan dimilikinya, maka tidak hairanlah apabila peminat pelakon lelaki ini menggelarkan dirinya sebagai Prince of Asia. 




Difahamkan, bagi memastikan peluang menemui bintang filem Confession dan A Dynamite Family itu tidak terlepas begitu saja, sebahagian peminat sudah pun berkampung di sekitar pusat beli-belah berkenaan sejak jam 2 pagi. 

Bermula sebagai model sekitar 2007, Kwang Soo mula menceburkan diri dalam arena lakonan pada 2008 menerusi sitkom, Here He Comes. Popularitinya mula melonjak selepas beliau menyertai program Running Man yang menemui penonton pada 2010.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/134597

0 Response to "Peminat "histeria" di KLCC gara-gara Lee Kwang Soo....??"

Post a Comment