"Diandra Couture Penipu! Patutlah Bisnes Kau Tak Maju!"
KUALA LUMPUR - Seorang bakal pengantin meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Diandra Couture yang didakwa telah menipunya kerana tidak menyiapkan pakaian pengantin yang telah ditempah.
"Tak ke manalah hidup kau ni kalau asyik nak menipu duit orang sana sini. Patut pun si Eina Azman itu marah benar kat kau. Agaknya kau layan dia macam kau layan aku ni la. Tak guna punya Diandra Couture, menipu duit orang beratus-ratus. Patutlah bisnes kau tak maju.
"Setakat sponsor artis bagi pakai baju free bolehlah. Hakikatnya seorang artis pun tak nak ambil kau as a tailor. Tunggulah kau punya giliran Allah balas. Berhutang dengan orang ini, sampai bila-bila pun tak akan senang hidup wahai Encik Fazil!
"Wedding aku nak dekat, satu helai benang suit pun aku tak nampak. Siapa-siapa yang berniat nak buat baju dengan dia ini, sebelum kena tipu, baik jangan sebab mungkin baju korang nak buat ala-ala princess takut nanti dia kata baju dah siap tetapi hakikatnya baju dah siap di alam maya," katanya yang juga gagal menghubungi pemilik butik berkenaan.
Difahamkan, Era Sharuddin telah dipaksa membuat pembayaran sebanyak RM800. Bagaimanapun meminta wangnya dikembalikan semula atas sebab-sebab di atas dan hanya berjaya mendapat semula RM200 sahaja. Kini, Fazil Fadil pula terus menghilangkan diri dan memadamkan telefon bimbitnya.
Kakitangan butik pula memaklumkan, Fazil Fadil, bukannya sengaja menghilangkan diri tetapi sibuk menguruskan ibunya yang dimasukkan ke hospital.
Akibatnya, Era Sharuddin terpaksa mencari butik pengantin yang lain di saat-saat akhir yang juga telah menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan kos tambahan berikutan tempahan pakaian pengantin 'last minute'.
Susulan dari luahan Era Sharuddin pada 27 Oktober, Selasa lalu, tampil beberapa individu yang pernah menjadi mangsa penipuan Diandra Couture.
"Dia buka butik pengantin di Langkawi sebelum ke Kuala Lumpur. Bungkus juga. Hutang saya RM1,000 tak bayar pun sampai sekarang. Dia buat muka kasihan kata bisnes teruk tak mampu nak bayar. Selepas pindah ke KL, tengok-tengok dia buka Diandra dan update 'Alhamdulillah dapat duit kepok²' travel sana sini beli LV. Kalau dah penipu, sampai bila-bila kerjanya nak menipu saja," kata Mohd Zaidi Abu Hassan.
"Cerita 3 tahun lepas, dia hutang saya RM4,000 sehingga kini sunyi sepi. Dah buat laporan polis tetapi tiada tindakan. Ingatkan dia sudah insaf, rupanya tidak. Butik dia di Langkawi dulu pun banyak kes, itu yang dia lari keluar," kata Eryna Marissa.
"I pernah kena dengan Fazil ini. Baju nikah I siap sehari sebelum majlis dan kualitnya sangat hancur. Pergelangan tangan gam, butang gam, semua gamlah. Manik baju pun gam. Call memang susah, tetapi bab payment cepat je," kata Fazlyana Kasim.
"Saya antara mangsa dia. Kes ini pun sama dengan kes saya. Bilalah dia nak insaf. Beli baju sampai sekarang tak ada. Jangan katakan benang, bayang-bayang pun tak nampak. Duit RM600 dah ambil full. Penipu, kaki kencing, tak selamat kau di dunia dan akhirat. Saya order baju dia di Instagram, dia paksa saya bayar full sebab nak pos keesokan harinya. Dekat 2 minggu saya tunggu, macam-macam alasan dia berikan kononnya sibuk tak ada masa nak pos. Sekali tengok, dia tak pos langsung. Call tak jawab, mesej tak balas, bila minta balik duit dia kata saya macam-macam pula. Sekarang nama dia dah busuk sebab dah ramai sangat orang yang dia tipu. Tak ada orang nak berurus niaga dengan dia dah. Aku takkan halalkan dunia akhirat kau makan duit aku," kata Muna Mikail Lim.
"Saya pun dah terkena dengan si Fazil ini. Burn deposit macam itu saja. Tetapi sebab fikirkan kawan husband, malas nak panjangkan cerita. Last minute, kitorang tak berani ambil risiko tunggu baju kahwin siap. Lantaklah deposit burn pun beli saja di butik lain, baju pun okay dan puas hati," kata Annys Mokhtar.
"This guy memang problem. Saya pun dah terkena last year. Buat baju nikah dan sanding. Siap sketch bagi, dua kali panggil datang fitting. Sudahlah kami dari Melaka. Sampai butik, tengok baju macam beli di kedai RM2.00. Seminggu sebelum wedding, detailing semua tak buat lagi. Masa fitting, baju kosong. Sampai ke malam wedding pun dia spoiledkan mood lagi. Baju Melayu hubby saya besar, seluar ketat dan pendek. Dah macam kartun bila pakai. Saya punya dress bukan seperti yang dipersetujui. Harga beribu tetapi tengok pun jadi sakit hati. Dia kata dia beli kain pakaian kami di Bangkok bagai tetapi hasilnya, nanhado. Time bersiap nak sanding, kasut dan crown saya tak ada. Dia cakap ingat saya sendiri yang akan sediakan semua itu. Pelik sungguh. Tak ke rasa nak meroyan saja masa tu," kata Scty Wawa.
Menurut Era Sharuddin, beliau telah membuat laporan polis dan akan memanjangkan kes itu kepada Tribunal Pengguna setelah selesai majlis perkahwinan kelak. Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati memilih butik pengantin dan semak feedback dari pelanggan yang pernah berurusan dengan sesebuah butik pengantin itu bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku.
0 Response to ""Diandra Couture Penipu! Patutlah Bisnes Kau Tak Maju!""
Post a Comment